Polisi Privasi

Diubah suai pada Sat, 13 Jul pada 6:58 PG

Pengenalan 

Aplikasi MySejahtera adalah aplikasi yang pada asalnya diperkenalkan secara rasmi kepada rakyat Malaysia sebagai salah satu inisiatif Kerajaan Malaysia dalam menguruskan dan membendung penularan wabak COVID-19. Aplikasi ini mempunyai pelbagai ciri, termasuklah membenarkan pengguna untuk menjalankan penilaian kesihatan diri, memantau status kesihatan mereka, dan berkongsi maklumat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tindakan sewajarnya dapat diambil. 

Aplikasi MySejahtera adalah hak milik mutlak Kerajaan Malaysia yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama daripada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN), serta Jabatan Digital Negara (JDN) yang sebelum ini dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Seiring dengan peralihan dari fasa pandemik ke fasa endemik, Aplikasi MySejahtera tampil dengan wajah baharu yang dilengkapi dengan pelbagai ciri. Aplikasi ini bukan sahaja menitik beratkan pengurusan dan penjagaan kesihatan awam, dan juga ia berfungsi sebagai antara muka dengan aplikasi agensi kerajaan lain untuk kemudahan pengalaman pengguna.

Apabila anda log masuk ke Aplikasi MySejahtera, anda dan/atau tanggungan anda dengan selamat boleh: 

  

Profil MySejahtera 

  • Mengurus dan mengemaskini Profil MySejahtera  

 

Vaksinasi dan Imunisasi   

  • Melihat dan menjejak sijil vaksinasi anak anda dalam Program Imunisasi Kebangsaan 
  • Melihat sijil vaksinasi bagi orang dewasa 

 

Rekod Kesihatan  

  • Melihat rekod kesihatan yang dijalankan untuk Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI), Program Saringan Jemaah Haji, Saringan Komuniti KOSPEN, Saringan KOSPEN WOW, Konsultasi Am, Rawatan Pemantauan Video (VOTS), Rawatan Pengawasan Langsung (DOTS) dan/atau Konsultasi Maya. 
  • Melihat ringkasan kesihatan pergigian dari klinik pergigian kerajaan.
  • Merekod serta memantau paras gula dalam darah 
  • Mengetahui rekod  pendermaan darah.1 
  • Mengurus ikrar derma organ  

 

Penilaian Kesihatan 

  • Melakukan penilaian risiko HIV secara anonymous melalui KKM Testnow. 
  • Melakukan Penilaian Kendiri Kesihatan Mental. 

 

Kesihatan Awam 

  • Melihat bilangan penyakit berjangkit yang dilaporkan di sekitar anda.2 
  • Menjejak fasiliti kesihatan.  
  • Menempah janji temu untuk perkhidmatan kesihatan terpilih dari klinik kesihatan dan pergigian kerajaan.3 
  • Mendapatkan rawatan susulan dengan petugas kesihatan di fasiliti kesihatan kerajaan melalui tele-konsultasi. 
  • Memantau gejala dan/atau kesan sampingan rawatan untuk kes yang disahkan tuberkulosis.

 

Kerjasama dengan Agensi Kerajaan Lain: 

Mengakses inisiatif MyTRIP dan memautkan pasport untuk mendapatkan Pas Pengembara sebagai sokongan kepada Kementerian Dalam Negeri (Jabatan Imigresen). Sila layari https://eapp.imi.gov.my/ untuk maklumat lanjut mengenai data peribadi dan Dasar Privasi yang berkaitan dengan inisiatif MyTRIP. 

 

COVID-194 

  • Mengetahui status risiko dan keputusan ujian COVID-19 negatif yang terkini.
  • Melihat dan memuat turun sijil vaksinasi COVID-19.  
  • Melaporkan Keputusan Ujian Kendiri COVID-19. 
  • Melakukan Penilaian Kendiri COVID-19.  
  • Menjalani Printah Pengawasan di Rumah (HSO) dan Penilaian Kesihatan (HAT) bagi kes yang disahkan positif COVID-19.  
  • Mengurus tempahan janji temu untuk suntikan vaksinasi COVID-19. 
  • Pemantauan Long COVID. 

Ciri lain:  

  • Mengakses Meja Bantuan MySejahtera, Soalan Lazim (FAQ) dan Dashboard KKMNOW. 
  • Mengetahui berita terkini berkaitan kesihatan dan menerima pemakluman mengenai sebarang amaran kesihatan. 
  • Memeriksa kelayakan untuk Skim Perubatan MADANI. 
  • Menyertai pemantauan dan intervensi Diabetes. 
  • Mengisi Borang Pra-Pelepasan untuk Pengembara ke luar negara dan melihat Kad Pengembara. 

1Rekod pendermaan darah hanya tersedia untuk mereka yang sebelum ini telah menderma darah di pusat pengumpulan darah menggunakan Sistem Maklumat Bank Darah (BBISV2).  

2Penyakit berjangkit yang dilaporkan adalah seperti Demam Campak, Rabies Manusia & Haiwan, Tuberkulosis, 

Penyakit Tangan, Kaki & Mulut, Denggi dan COVID-19. 

3Bilangan slot janji temu untuk perkhidmatan kesihatan terpilih bergantung pada perkhidmatan yang disediakan dan ketersediaan slot di klinik kesihatan dan pergigian kerajaan yang berkaitan. 

4Berkuat kuasa pada 15 Julai 2024, KKM tidak lagi memberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Home Surveillance Order - HSO) bagi individu yang positif COVID-19 dan tidak  perlu melaporkan Keputusan ujian kendiri COVID-19.


Pengumpulan Data anda dan/atau data tanggungan bagi tujuan berikut: 

  1. Menyimpan maklumat kesihatan peribadi dan membolehkan akses kepada ciri-ciri dalam Aplikasi MySejahtera (selepas ini dirujuk sebagai “Modul”).
  2. Menempah janji temu bagi Vaksinasi COVID-19. Anda hanya akan menerima janji temu untuk Vaksinasi COVID-19 selepas anda memberikan persetujuan. Tarikh lahir diperlukan untuk menentukan umur anda bagi membezakan antara orang dewasa dan kanak-kanak.
  3. Menjana butiran Sijil Vaksinasi COVID-19 digital dalam format kod QR dan PDF.
  4. Melaporkan keputusan ujian profesional COVID-19 yang dilakukan di fasiliti kesihatan lain jika keputusan ujian profesional COVID-19 yang diambil masih belum dipaparkan dalam MySejahtera.
  5. Susun lapis risiko jangkitan COVID-19 melalui Modul Penilaian Kendiri.
  6. Memaparkan Keputusan Negatif Ujian Profesional setelah maklumat tersebut direkodkan di dalam Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA). Keputusan Positif Ujian Profesional tidak dipaparkan untuk melindungi privasi pengguna.
  7. Menilai dan memantau keadaan kesihatan melalui HAT bagi kes yang disahkan COVID-19.
  8. Mengesan dan mengurus kontak rapat COVID-19 dengan sewajarnya bagi kes-kes yang disahkan COVID-19 dengan menggunakan data spatial-temporal yang dikumpul secara real-time antara peranti dengan menggunakan Bluetooth Low Energy (LE). Data interaksi hanya akan dimuat naik ke pelayan selepas menerima kebenaran pengguna melalui pengesahan OTP. Butiran peribadi pengguna tidak akan didedahkan kepada mana-mana kenalan rapat. Data interaksi yang dikumpul akan dipadam selepas 14 hari.
  9. Memantau gejala Long COVID dalam kalangan kes yang disahkan COVID-19 selepas mereka menyelesaikan HSO mereka.
  10. Memastikan pematuhan semua peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
  11. Mengetahui bilangan penyakit berjangkit yang dilaporkan dalam tempoh tertentu dalam jarak tertentu dari lokasi semasa anda seperti COVID-19, Denggi, Rabies, Campak, Penyakit Tangan-Kaki-Mulut (HFMD), dan Tuberkulosis.
  12. Memaklumkan pengembara yang melancong dari negara yang endemik penyakit Cacar Monyet (Monkeypox) untuk mendapatkan penilaian yang tepat daripada pengawal  perubatan dan pengurusan lanjut di fasiliti kesihatan terdekat jika mengalami gejala Monkeypox atau merupakan kontak rapat dengan kes yang disahkan Monkeypox. 
  13. Menjana sijil vaksinasi digital NIP dan dewasa. 
  14. Menjana laporan kesihatan digital dalam format PDF atau Kod QR.
  15. Menilai dan memantau keadaan kesihatan semasa untuk kes yang disahkan Tuberkulosis.
  16. Menjalankan penilaian atau penyelidikan  dan analisis untuk tujuan strategi operasi dan perancangan dasar KKM, termasuk sekatan sempadan, menyediakan data kepada pihak luar yang sah untuk sebarang tujuan bagi menilai, membangun, dan memperbaiki kualiti produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
  17. Menyertai pelbagai tinjauan yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Negara (NIH). 
  18. Menyediakan maklumat ikrar pendermaan organ terkini kepada Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC). 
  19. Memaparkan rekod pendermaan darah anda yang disimpan dalam BBISV2.
  20. Untuk perkhidmatan e-Services Transaction seperti vaksinasi dan janji temu perkhidmatan kesihatan. 
  21. Untuk perkhidmatan tele-konsultasi dengan fasiliti kesihatan kerajaan.
  22. Untuk pengintegrasian ke dalam sistem  komputer dan aplikasi penjagaan kesihatan yang dikendalikan atau diuruskan oleh KKM bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan (termasuk perkhidmatan perubatan, pergigian, pemeriksaan kesihatan, dan imunisasi) dan sebarang program yang berkaitan dengan promosi kesihatan dan gaya hidup sihat.
  23. Membolehkan perkongsian data antara fasiliti kesihatan kerajaan untuk tujuan pengurusan pesakit.
  24. Memantau prestasi sistem dan meningkatkan serta memperbaiki pengalaman pengguna.
  25. Pengesahan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) setelah memautkan nombor MRZ daripada pasport anda dan menjana Pas Pengembara dalam inisiatif MyTRIP. 
  26. Menjana Rekod Pergigian dari fasiliti Pergigian KKM. 

Pengumpulan Data 

Aplikasi ini mengumpul data dengan persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela, tetapi tidak terhad kepada, proses pendaftaran, menambah maklumat tanggungan, menjawab soal selidik penilaian kesihatan, mengurus tempahan janji temu, dan menghubungi sokongan aplikasi melalui e-mel atau borang sokongan teknikal. 


Modul 

Pengumpulan Data Peribadi 

Pendaftaran Pengguna 

Nama, Alamat, Etnik, Nombor Kad Pengenalan/Pasport, Warganegara, Nombor Telefon/Alamat E-mel, Tarikh lahir, Jantina 

Butiran Tanggungan 

Nama, Alamat, EtnikNombor Kad Pengenalan/PasportWarganegaraNombor Telefon/Alamat E-mel, Tarikh lahir, Jantina 

Pengembara 

Pekerjaan, Tujuan perjalanan, Tempat berlepas, Kekerapan perjalanan ke Malaysia, Penerbangan/Kapal, Nombor kenderaan, Nombor tempat duduk, Tarikh berlepas, Tarikh dan masa ketibaan, Alamat tempat tinggal di Malaysia, Nama dan nombor telefon orang yang dihubungi di Malaysia, Status vaksinasi , Sejarah jangkitan COVID-19, Status vaksinasi COVID-19 

Pelaporan Ujian Kendiri COVID-19 

Keputusan Ujian COVID-19, Tarikh sampel diambil untuk ujian COVID-19, Alamat, Gambar Keputusan Ujian COVID-19/Kit Ujian  

Penilaian Kendiri COVID-19 

Nombor Kad Pengenalan/Pasport,  Keputusan Penilaian Risiko COVID-19 

HAT untuk 

COVID-19 

Sejarah perjalanan, Sejarah menghadiri perhimpunan besar, Komorbiditi, Kehamilan, Sejarah jangkitan COVID-19 dalam 60 hari yang lalu, Alamat Semasa, Gejala, Tanda vital, Status vaksinasi COVID-19 

Kajian Long COVID  

Keputusan Ujian Professional COVID-19, Persetujuan menyertai Kajian Long COVID, Gejala semasa, Butiran jangkitan COVID-19 yang terakhir, Status vaksinasi COVID-19, Masa dan Tarikh Pelengkapan Kajian Long COVID 

Meja Bantuan 

Nombor Kad Pengenalan/Pasport, alamat e-mel, maklumat vaksinasi COVID-19 dan foto sebagai bukti (seperti, Kad Vaksinasi COVID-19, Keputusan Ujian COVID-19 Profesional, Kit Ujian Kendiri COVID-19 atau Kad Pengenalan/Pasport) 

Janji Temu Vaksinasi COVID-19  

Nombor Kad Pengenalan/Pasport, Persetujuan vaksinasi COVID-19, Jenis Vaksin COVID-19, Fasiliti atau Lokasi Kesihatan, Slot Janji Temu (Tarikh dan Masa), Sebab Pembatalan

Vaksinasi COVID-19 

Nombor Kad Pengenalan/Pasport, Persetujuan vaksinasi COVID-19 

MySJ Trace 

Data Interaksi 14 hari 

Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) 

Nombor Kad Pengenalan/Pasport Tanggungan 

Sistem Saringan Kesihatan (HSS) 

Nombor Kad Pengenalan/Pasport, Tinggi, Berat, Jenis Darah 

Ikrar Derma Organ 

Nombor Kad Pengenalan/Pasport, Sumber Maklumat tentang Pendermaan Organ, Sebab Ikrar, Sebab Penarikan Ikrar, Masa dan Tarikh Ikrar, Masa dan Tarikh Penarikan Ikrar; Butiran Waris seperti Nama, Kewarganegaraan, Nombor Kad Pengenalan/Pasport, Nombor Telefon, Hubungan, Status Pemakluman; Butiran talian kecemasan seperti Nama dan nombor telefon 

Derma Darah 

Nombor Kad Pengenalan/Pasport 

Modul Janji Temu 

Nombor Kad Pengenalan/PasportPerkhidmatanFasiliti Kesihatan, Slot Jani Temu (Tarikh dan Masa), Sebab Pembatalan 

Modul Vaksinasi 

Nombor Kad Pengenalan/Pasport 

Pemeriksaan Kesihatan Jemaah Haji 

Nombor Kad Pengenalan/Pasport 

Tele-konsultasi 

Nombor Kad Pengenalan/Pasport, masa semasa sertai panggilan 

Pelan Penjagaan Kesihatan MySJ 

Nombor Kad Pengenalan/PasportGejala dan/atau Kesan Sampingan 

My Diabetes and Ramadan (MyDaR)   

Nombor Kad Pengenalan/Pasport, Jenis Diabetes, Sejarah Ubat-ubatan, Paras gula dalam darah 

MyTRIP 

  

Nombor Kad Pengenalan/Pasport 

Laporan Pergigian 

Nombor Kad Pengenalan/Pasport 


Penggunaan dan Pengumpulan Data Peribadi 

Data yang dikumpulkan oleh aplikasi ini dikawal dan tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Perubatan 1971 (Akta 50). Meskipun tidak berkaitan, pengurusan data aplikasi ini mematuhi piawaian Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), Peraturan Perlindungan Data Am (GDPR), dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (SKMM). Data Peribadi yang dikumpulkan tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan selain daripada yang dinyatakan di bawah. 


Penggunaan Data Anda 

Data anda hanya digunakan untuk isu-isu berkaitan COVID-19, tujuan kesihatan awam, dan kegunaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila diperlukan. KKM TIDAK akan berkongsi data peribadi anda dengan entiti kerajaan dan bukan kerajaan. Anda dianggap telah memberikan persetujuan untuk menggunakan semua modul dalam aplikasi MySejahtera apabila anda memuat turun, mengemas kini, atau menggunakan modul dalam aplikasi ini. Aplikasi MySejahtera berhak untuk memadam, mengubah, mempertingkatkan, atau memperkenalkan modul baharu berdasarkan keperluan dan kehendak KKM serta Kerajaan Malaysia pada waktu tertentu. 

Ringkasan Kebenaran 

Kebenaran untuk mendapatkan akses kepada aplikasi/fungsi telefon di bawah adalah diperlukan untuk pengalaman pengguna yang terbaik. Anda dianggap telah memberikan kebenaran apabila anda klik pada butang "Benarkan" dalam Aplikasi.

 

Kebenaran Aplikasi / Fungsi Telefon 

Tujuan 

Kamera 

Untuk mengambil gambar Kad Vaksinasi, Kit Ujian Kendiri COVID-19, Keputusan Ujian COVID-19 Profesional dan/atau Kad Pengenalan/Pasport.  
Untuk mengambil gambar profil.
Untuk melakukan panggilan video semasa tele-konsultasi.
Untuk mengimbas butiran peribadi (iaitu, Nombor Kad Pengenalan/Pasport).
 

Mikrofon 

Untuk melakukan panggilan video semasa tele-konsultasi. 

Perkhidmatan Lokasi 

Untuk mengenal pasti lokasi anda dengan menggunakan ciri built-in location-based seperti Jejak Penyakit Berjangkit, Lokasi bagi Penilaian kes COVID-19 yang disahkan dan/atau penyakit berjangkit lain, Fasiliti Kesihatan Berdekatan. 

Bluetooth 

Untuk membenarkan pengumpulan data spatial-temporal untuk pengurusan pengesanan kontak dalam COVID-19 dengan persetujuan pengguna. 

Panggilan Telefon 

Untuk mendail terus talian kecemasan 999 melalui aplikasi.  
Untuk mendail terus talian COVID-19 atau Vaksinasi melalui aplikasi.  
Untuk mendail terus talian hotline HEAL 15555 melalui aplikasi. 

Fail, Foto, Audio & Video 

Untuk memuat naik gambar profil dan/atau gambar kad vaksinasi COVID-19, Kit Ujian Kendiri COVID-19 dan/atau Keputusan Ujian COVID-19 Profesional.  

Untuk memuat turun infografik dalam Aplikasi.

Untuk memuat turun sijil vaksinasi COVID-19 dalam format PDF.  

Untuk memuat turun sijil vaksinasi kanak-kanak (NIP) dalam format PDF.  

Untuk memuat turun sijil vaksinasi dewasa dalam format PDF.
Untuk memuat turun laporan pemeriksaan kesihatan dalam format PDF dan kod QR.  

Untuk memuat turun Rekod Pergigian dalam format PDF. 

Notifikasi 

Untuk menerima makluman bahawa anda adalah kes COVID-19 yang disahkan.  
Untuk menerima notifikasi bagi melengkapkan penilaian kesihatan harian bagi kes COVID-19 yang disahkan.  
Untuk menerima notifikasi jika anda layak menerima rawatan Paxlovid COVID-19.  
Untuk menerima peringatan, penjadualan semula atau notifikasi pembatalan janji temu akan datang.  
Untuk menerima kemas kini amaran kesihatan terkini.  
Untuk maklumkan waris setelah pengguna berikrar untuk menderma organ.

Komplikasi Bagi Maklumat Peribadi yang Tidak Benar atau Tidak Lengkap 

Aplikasi ini, bila dan di mana berkaitan atau perlu, mungkin memerlukan anda mengisi maklumat peribadi dan kesihatan anda. Aplikasi ini tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang data yang tidak benar atau tidak lengkap serta kesan daripada data tersebut dimuat naik dalam aplikasi ini.  
 
Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang dikumpul, digunakan atau dipaparkan oleh Aplikasi adalah tepat, lengkap dan terkini untuk menghasilkan cerapan yang tepat, yang akhirnya akan membawa kepada tindakan yang sewajarnya. Anda juga bertanggungjawab untuk memberikan maklumat peribadi yang relevan dan tepat kepada Aplikasi MySejahtera mengikut undang-undang semasa di Malaysia.  

Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya Data Peribadi yang anda berikan tidak betul atau tidak lengkap, pengalaman pengguna semasa menggunakan Aplikasi MySejahtera dan/atau mana-mana modul berkaitan mungkin tidak lancar, dan anda mungkin menghadapi kesukaran teknikal dalam menggunakan Aplikasi MySejahtera. Sebarang permasalahan yang dihadapi akan mengakibatkan kesukaran di Meja Bantuan Aplikasi, dan seterusnya penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas. Anda juga boleh dikenakan hukuman di bawah undang-undang Malaysia jika berkaitan. 

Data dan Sulit 

Data Peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi ini adalah sulit mengikut Dasar Privasi Polisi ini dan mana-mana undang-undang terpakai yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa. 

Penyimpanan dan Perkongsian Data 

Data dalam transit disulitkan, manakala data dalam keadaan rehat disimpan dalam persekitaran yang sangat terjamin. Tanggungan anda dan/atau maklumat peribadi anda TIDAK akan dikongsi dengan agensi lain (kerajaan dan bukan kerajaan). 

Data Tanpa Nama (Anonymised) 

Aplikasi ini mengumpul data tanpa nama (Anonymised) berkenaan peranti dan sistem pengendalian (OS) anda untuk penambahbaikan Aplikasi dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik. Anda diingatkan untuk sentiasa mengemas kini kedua-dua OS peranti anda dan aplikasi MySejahtera. 

Hak Anda* 

Anda berhak untuk 

  1. Mengetahui bagaimana data anda dan tanggungan anda dikumpul dan digunakan.
  2. Mengetahui tujuan data anda dan tanggungan anda digunakan. 
  3. Mengemaskini maklumat data peribadi anda dan tanggungan anda melalui Meja Bantuan MySejahtera.
  4. Menarik semula persetujuan anda dan tanggungan anda untuk pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan data anda pada bila-bila masa.
  5. Menyahaktifkan akaun anda sekiranya tidak lagi ingin menggunakan perkhidmatan MySejahtera. Sila ambil maklum bahawa pennyahaktifkan akaun akan memadamkan maklumat anda. Maklumat anda akan tetap dapat dilihat oleh KKM selama 24 jam berikutnya sehingga dapat dipadamkan sepenuhnya dari sistem kami. Untuk menyahaktifkan akaun MySejahtera anda, sila klik pautan ini. [MySejahtera Account Deletion

Hubungi Kami 

Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau maklum balas berkaitan data peribadi anda dan Polisi Privasi kami, sila e-mel kepada kami di [email protected]. 

Notis Penafian 

Anda tidak akan mempunyai akses kepada Aplikasi ini dan mana-mana modul melainkan anda telah bersetuju dengan dasar privasi polisi ini. Dengan mengakses dan menggunakan mana-mana modul aplikasi ini, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami dasar privasi polisi ini dan bersetuju bahawa data anda dan tanggungan anda yang dikumpul untuk wabak COVID-19 akan digunakan semula bagi pengurusan kesihatan awam dan perkhidmatan Kerajaan yang lain. 

Perubahan Dasar Privasi Polisi 

Terma dan Syarat dasar privasi polisi kami mungkin berubah dari semasa ke semasa. Anda boleh rujuk halaman ini untuk sebarang perubahan. 

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut